Siri HONOR 9X Terjual Melebihi 10 Juta Unit Di Seluruh Dunia

HONOR hari ini mengumumkan bahawa siri 9X mereka telah terjual sebanyak 10 juta unit di seluruh dunia. Ia tidak mengejutkan memandangkan siri ini telah diperkenalkan bermula dengan model HONOR 9X pada Julai 2019. Kemudiannya 9X Pro dan juga yang terkini 9X Lite diperkenalkan baru-baru ini.

Menurut HONOR, sebelum ini siri 8X juga terjual melebihi 10 juta unit menandakan populariti siri tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak HONOR Malaysia telah menurunkan harga HONOR 9X dari RM999 kepada RM899 dan pembelian peranti akan disertakan dengan HONOR Band 5i dan kotak hadiah percuma.

Untuk HONOR 9X Pro dan 9X Lite, harga jualan masih lagi sama iaitu RM999 dan RM699. HONOR 9X dan 9X Lite mempunyai servis dan aplikasi Google manakala model lebih berkuasa 9X Pro tidak.

Maklumat lanjut mengenai produk HONOR, anda boleh lawati laman rasmi mereka di http://hihonor.com/my,

Beli HONOR 9X:
Lazada: https://invol.co/cloj7i
Shopee: https://invol.co/cloj7t

HONOR 9X Pro
Lazada: https://invol.co/cloj7j
Shopee: https://invol.co/cloj7q

HONOR 9X Lite
Lazada: https://invol.co/cloj7k
Shopee: https://invol.co/cloj7o