Siri Didakwa Merakam Pelbagai Perbualan Sulit Dan Menghantarnya Ke Pelayan

Antara yang dirakam Siri adalah perbualan urusan jual beli dadah, orang sedang melakukan seks, rakaman perubatan peribadi dan lain-lain.


Jika anda adalah pengguna iPhone dan sering menggunakan ciri arahan suara Siri, anda mungkin patut menutup fungsi Siri pada masa-masa tertentu.

Ini kerana, Siri didakwa merakam pelbagai perbualan sulit dan seterusnya menghantar perbualan tersebut ke pelayan yang diuruskan oleh syarikat kontraktor yang menguruskan Siri.

Ia didedahkan sendiri oleh pekerja yang bekerja di firma tersebut kepada pihak The Guardian baru-baru ini.

Menurut pekerja itu, mereka mendengar pelbagi perbualan sulit yang dirakam oleh Siri termasuklah perbualan urusan jual beli dadah, pasangan sedang melakukan seks, perbualan antara doktor dan pesakit serta pelbagi perbualan peribadi yang lain.

Susulan pendedahan itu, pihak Apple telah respon dan memberitahu The Guardian “A small portion of Siri requests are analysed to improve Siri and dictation. User requests are not associated with the user’s Apple ID. Siri responses are analysed in secure facilities and all reviewers are under the obligation to adhere to Apple’s strict confidentiality requirements.”

Di dalam polisi privasi penggunaan Siri juga ada dinyatakan berkenaan penggunaan data peribadi penggunanya:-

We may collect and store details of how you use our services, including search queries. This information may be used to improve the relevancy of results provided by our services. Except in limited instances to ensure quality of our services over the Internet, such information will not be associated with your IP address.

Apple bukanlah syarikat pertama yang didakwa merakam perbualan sulit penggunanya. Sebelum ini Google dan Amazon juga didakwa merakam perbualan peribadi pengguna mereka menerusi  Google Assistant dan Alexa.