Siri VivoBook sememangnya popular dengan penawaran komputer riba mampu milik memfokuskan kepada rekaan moden dan berwarna warni.
ASUS VivoBook S15
ASUS VivoBook S15 merupakan komputer riba dengan rekaan tekstur besi pada keseluruhan kerangka. Ia hadir dengan skrin 15.6 inci Full HD IPS LCD.
Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan cip Intel i5-1135G7, grafik Intel Iris Xe, RAM 8GB dan juga storan dalaman 512GB berasaskan PCIE SSD.
Melalui I/O pula, VivoBook S menyertakan pembaca kad micro SD, 2 USB Type-A 2.0, HDMI, USB Type-A 3.2 Gen 1, USB-C Thunderbolt 4 dan 3.5mm.
Terdapat 4 pilihan warna yang ditawarkan iaitu Indie Black, Gaia Green, Resolute Red dan Dreamy Silver.
Untuk harga pasaran, ASUS VivoBook S15 ditawarkan pada harga RM3,399.
ASUS VivoBook 14/15
ASUS VivoBook 14 dan VivoBook 15 sedikit berbeza dengan S15 kerana menawarkan grafik sehingga Nvidia GeForce MX350.
Dari segi spesifkasi lain, ia tidak jauh berbeza dengan cip cip Intel i5-1135G7, RAM 8GB dan juga storan dalaman 512GB berasaskan PCIE SSD.
Terdapat dua pilihan skrin iaitu 14 inci untuk VivoBook 14 dan juga 15.6 inci untuk VivoBook 15.
Pada VivoBook 14/15 pula tiada port Thunderbolt 4, namun pilihan I/O masih lagi baik dengna USB-A 3.2 Gen 1, USB-C 3.2 Gen 1, pembaca micro SD, USB-A 2.0, 3.5mm, dan HDMI.
Dari segi warna, terdapat 3 pilihan iaitu Hearty Gold, Transparent Silver dan Indie Black.
Ini merupakan senarai harga jualan untuk ASUS VivoBook 14/15:
ASUS VivoBook 14
- ASUS VivoBook 14 (K413) - Intel Iris Xe / 14" - RM3099
ASUS VivoBook 15
- ASUS VivoBook 14 (K513) - Intel Iris Xe / 15" - RM3099
- ASUS VivoBook 14 (K413) - Nvidia MX350 / 15" - RM3299
Menurut pihak ASUS Menurut pihak ASUS Malaysia, kesemua model yang diperkenalkan ini akan mula ditawarkan untuk pasaran tempatan pada 20 November ini melalui Shopee dan juga laman rasmi ASUS Malaysia.
Berkaitan
- YouTube Premium Dan YouTube Music Hadir Di Malaysia Harga Bermula RM14.90 Sebulan
- Eve Spectrum - Paparan Gaming Pertama Di Dunia Dengan HDMI 2.1, Resolusi Sehingga 4K 144Hz
- Digi Juga Tawar Pas Internet Untuk Pelajar SPM/STPM - RM20 Sebulan Untuk 15GB
- Komputer Riba ASUS ROG Zephyrus S17, S15, Dan M15 Kini Di Malaysia
- ASUS ZenBook 13 Dan 14 Dijual Di Malaysia Bermula RM3,999 - Ultrabook Nipis, Kompak, Dan Ringan
- Kos Pengeluaran Makin Tinggi, Apple Mahu 'Mahalkan' iPhone 14
- ASUS ZenBook 13/14 Dengan Cip Intel Gen-11 Kini Di Malaysia Bermula RM3,999
- Edisi Baharu realme C15 Dengan Varian 3GB/64GB Dijual Berharga RM469
- ASUS STRIX SCAR 15, G15, Dan G17 Diumumkan Dengan Harga Bermula RM6,199
- Alienware M15 Dan M17 R4 Dengan RTX 3070 Kini Di Malaysia Bermula RM10,799