Siri AMD Ryzen 7000 - 4 CPU Ini Telah Disahkan Bakal Hadir

Beberapa bulan yang lepas, AMD telah mengumumkan kedatangan cip pemprosesan baharu siri Ryzen 7000 dalam ucapan pembukaan AMD (Advanced Micro Devices) di acara Computex 2022.

https://youtu.be/U5mCsC4NYLE

Menariknya pada kali ini, AMD telah pun mengesahkan kedatangan 4 SKUs untuk cip dalam siri Ryzen 7000 ini. 4 SKUs tersebut mewakili cip pemprosesan seperti di bawah:

  • Ryzen 9 7950X

  • Ryzen 9 7900X

  • Ryzen 7 7700X

  • Ryzen 5 7600X


Menurut videocardz, 4 cip pemprosesan tersebut sahaja yang tersenarai dalam laman rasmi AMD. Walau bagaimanapun, tiada sebarang tanda akan cip pemprosesan untuk barisan Ryzen 3 7000. Berkemungkinan besar, AMD meletakkan cip pemprosesan siri Ryzen 3 dalam status embargo terlebih dahulu hingga pelancaran 4 cip di atas.

Kapsyen: Kredit: videocardz


Jika kita lihat ura-ura yang dikongsikan Greymon55 sebelum ini, cip 7700X tidak berada dalam pelancaran fasa pertama siri Ryzen 7000.

https://twitter.com/greymon55/status/1537852496080961537?s=20&t=PYN_JNs9ws_zFupgDY7PIA

Tetapi, berita rasmi yang kita terima ini menunjukkan hal yang sebaliknya. Setakat ini AMD tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan cip-cip pemprosesan di atas dan anda boleh menjangkakan Ryzen 7000 akan dilancarkan sekitar pertengahan September nanti.

Sumber: videocardz

Gambar utama: PCGamesN