Siri AMD Ryzen 4000 Diumumkan - APU 7nm Pertama Untuk Platform x86 Dengan 8 Teras Dan 16 Bebenang

Ada antara kita yang ternanti-nantikan produk baharu dari AMD. Sebelum ini siri Ryzen 3000 mendapat sambutan hangat dan ramai juga yang menggunakan cip dari siri ni berikutan harganya yang tidak semahal cip dari Intel. Untuk pengganti siri 3000 itu, hari ini AMD mengumumkan Ryzen 4000 yang lebih berkuasa.

Dengan kod nama Renoir, siri Ryzen 4000 kali ini disasarkan untuk platform mudah alih termasuk juga gaming dan juga komputer riba. Berbanding dengan siri sebelum ini Ryzen 4000 dimuatkan dengan teras terkini Zen 2, yang menawarkan peningkatan intruction per cycle (IPC) dan kelajuan lebih tinggi. Dengan binaan 7nm itu juga, ia dijamin akan meningkatkan penjimatan tenaga.

Barisan siri model Ryzen 4000 dibahagikan kepada 2 segmen, kuasa rendah siri U dan juga prestasi tinggi siri H/HS. Untuk CPU flagship, Ryzen 9 4900H mengetuai siri dengan 8 teras dan juga 16 bebenang. Ryzen 7 4800H juga mempunyai jumlah teras dan bebenang yang sama namun ia dibezakan dengan kelajuan antara kedua-dua cip tersebut.

Untuk keseluruhan siri Ryzen 4000, anda boleh rujuk jadual di bawah ini.



Siri Ryzen 4000 ini ditujukan terus untuk mengalahkan keluarga Intel gen ke-10. Sebagai perbandingan Ryzen 7 4800u berjaya mengalahkan Intel Core i7-1065G7 dalam ujian prestasi perisian Cinebench teras tunggal (4%), Cinebench pelbagai teras (90%), dan juga 3DMark (28%).



Disebabkan ia juga sebuah APU, prestasi grafik juga lebih handal berbanding Gen 11 GPU pada cip Ice Lake Intel sebanyak 28%.

Menurut AMD, laptop dengan APU Ryzen 4000 ini akan berada di pasaran pada suku pertama 2020.

Sumber: Wccftech

 

Berkaitan