Singapore Airlines Bakal Pecahkan Rekod Dunia Untuk Penerbangan Paling Jauh & Lama

Rekod dunia bagi penerbangan tanpa henti paling lama dan jauh mungkin akan dipecahkan hari ini. Ini kerana syarikat penerbangan Singapura, Singapore Airlines sedang dalam perjalanan ke New York, dari Singapura.

Penerbangan itu merangkumi jarak 9,000 batu nautika(16,700 km) dan mengambil masa hampir 19 jam perjalanan. Rekod sebelum ini dipegang oleh Qatar Airways melalui penerbangan dari Doha ke Auckland(14,529km).

Pesawat Airbus A350-900ULR yang akan melakukan penerbangan ini mempunyai teknologi yang lebih canggih membolehkan penjimatan minyak dilakukan.

Kapsyen: Keadaan tempat duduk pesawat (Kredit : Sam Chui)


Untuk maklumat, ia mempunyai ruang simpanan minyak(165,000 liter) yang lebih kecil berbanding model terdahulu, Airbus A340(223,000 liter).

Pesawat berkenaan juga tidak mempunyai tempat duduk ekonomi biasa dan hanya menyediakan 67 tempat duduk kelas bisnes dan 94 tempat duduk ekonomi premium. Ia menjadikan pesawat ini boleh membawa 161 penumpang, juga lebih banyak berbanding Airbus A340(100 penumpang).

Semasa artikel ini ditulis, penerbangan ini masih lagi dalam perjalanan dan dijangka akan tiba di Lapangan Terbang New York kira-kira lima jam lagi.

 

Sumber : CNN   Traveller

 

Berkaitan