Siapa Main Mobile Legends? Anda Berpeluang Menang RM370,000

Mobile Legends antara permainan mudah alih popular dalam negara dan diimainkan tanpa mengira batas umur.

Berita baik buat anda yang menggemari permainan bergenre MOBA itu, Tamago bakal menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai berjumlah RM370,000 untuk dimenangi setiap peserta.



Tamago, salah satu aplikasi penstriman e-sukan terkemuka di Asia Tenggara, akan mengadakan pertandingan Tamago 100 Legends bermula dari 1 Oktober hingga 30 Oktober 2018.

Melalui pertandingan ini, peserta yang berjaya meraih kedudukan 100 terbaik bakal membawa pulang hadiah seperti dibawah.



Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah;

  1. Mendaftar di tamago.live/events/100legends

  2. Menambah “Tamago” pada nama hadapan mereka di dalam permainan Mobile Legends

  3. Meraih peringkat setinggi mungkin dalam permainan dan carta pemarkahan Mobile Legends

  4. Menyiarkan permainan mereka di Tamago sekurang-kurangnya dua jam sehari (atau 60 jam sepanjang tempoh pertandingan)

  5. Membawa pulang hadiah wang tunai berdasarkan kedudukan masing-masing di antara pemain lain yang mempunyai “Tamago” pada nama mereka di akhir tempoh pertandingan.


Tamago 100 Legends bakal disertai pemain-pemain dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Vietnam sahaja.

Jadi jika anda gemar menghabiskan berjam-jam lamanya bermain Mobile Legends, jom rebut peluang untuk menangi hadiah wang tunai lumayan ini.