Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopee 1

#ShopeeGivesBack Berjaya Kumpul RM2.9 Juta Bantu Lebih 3000 Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

Diterbitkan Julai 18, 2022 ยท Dikemas kini Julai 18, 2022 oleh ariff bukhari

Inisiatif #ShopeeGivesBack yang dilancarkan Shopee bersama lebih 40 Badan Bukan Kerajaan (NGO) pada 1 Mei 2020 semasa kemuncak pandemik COVID-19 telah berjaya mengumpul sebanyak RM2.9 juta secara kolektif dalam tempoh dua tahun.

Inisiatif komuniti jangka panjang Shopee itu membantu golongan yang terabai dan rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dalam masa yang memerlukan pada waktu sukar itu.

Shopee memaklumkan, 56% daripada sumbangan yang dikumpul itu disalurkan kepada NGO berkaitan dengan B40 serta bantuan komuniti seperti Pertubuhan Kasih Neelofa, Islamic Relief Malaysia dan Pusat Jagaan Nurul Jannah yang merupakan rakan-rakan NGO jangka panjang #ShopeeGivesBack.

20% daripada dana itu lagi disalurkan kepada NGO yang menyediakan kit perubatan dan klinik bergerak semasa banjir seperti MERCY Malaysia.

MERCY Malaysia provides families displaced from the floods with basic necessities kits

14% lagi membantu rakan kongsi seperti UNICEF Malaysia demi memenuhi keperluan kritikal yang melibatkan kanak-kanak yang terpinggir serta keluarga mereka yang terkesan dengan Covid-19.

Manakala 10% telah disalurkan kepada usaha berkaitan alam sekitar seperti Zoo Negara, di mana dana yang dikumpul membantu dalam memenuhi keperluan tahunan seperti makanan, kebajikan dan penjagaan veterinar haiwan-haiwan.

Menurut Ketua Pemasaran Jenama di Shopee Malaysia, Huiyan Pan, dianggarkan lebih 3,000 keluarga telah berjaya dibantu menerusi inisiatif #ShopeeGivesBack.

Sumber: Media Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY