Shopee Umum Penghantaran Hari Berikutnya Menerusi Jualan 3.3

Shopee Malaysia telah mengumumkan penghantaran hari berikutnya menerusi jualan 3.3 Supermarket yang baru bermula hari ini sehingga 3 Mac.

Bermakna, jika anda membuat pesanan hari ini sebelum jam 12 tengah hari, barang yang dipesan akan dihantar pada keesokannya.

Namun, tawaran perkhidmatan ini hanya terhad untuk pelanggan di semenanjung sahaja iaitu Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pahang dan Pulau Pinang.

Perlu diingatkan, hanya barangan dari Shopee Mart dan bertanda "Next-Day Delivery" sahaja yang menerima perkhidmatan ini.

Jika pesanan dibuat selepas jam 12 tengah hari, ia akan dikira sebagai pesanan hari esok.



Selain itu, penghantaran pada hari minggu tetap berjalan tetapi tidak pada cuti umum.

Inisiatif ini dilakukan adalah sebagai usaha bagi mempercepatkan penghantaran para penjual dan pembeli di Malaysia.

Dalam tempoh ini juga, anda akan dapat menikmati penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM10, potongan harga 50% serta tawaran serendah 33 sen.

Sumber: Siaran Akhbar Shopee