Shopee Tawarkan Promosi Barangan Elektronik Bermula 23 Julai Ini

Laman beli-belah atas talian terkenal, Shopee bakal melancarkan promosi istimewa, Ekspo Elektronik Shopee yang menawarkan pelbagai jenama elektronik terkemuka seperti honor, Philips, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi.

Promosi berkenaan akan berlangsung bermula 23 hingga 26 Julai ini. Menurut Shopee, terdapat lebih daripada 1000 produk pelbagai jenis yang boleh didapati pada harga diskaun sehingga 90%. Antara jenis barangan yang ditawarkan ialah gajet, kelengkapan rumah dan peralatan komputer.



Apa yang menarik, pihak Shopee memberi jaminan bahawa produk yang terlibat dalam promosi itu adalah dijual dengan harga termurah di antara kesemua platform beli-belah atas talian yang lain.

Sekiranya anda menjumpai produk serupa yang dijual dengan harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee berjanji akan menebus semula 120% daripada perbezaan harga berkenaan dalam bentuk syiling Shopee.



Shopee juga mahu memberi ganjaran kepada pengikut Facebook mereka, dengan melancarkan pertandingan "Tag a Bro, Win Like a Bro" semasa tempoh promosi tersebut. Pemenang akan memenangi produk elektronik kegemaran yang bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka.

Bagi menyertai pertandingan ini, anda cuma perlu memilih satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, masukkan produk tersebut ke dalam troli membeli belah anda dan screenshot gambar troli berkenaan, dan kirimkan komen di Facebook Shopee sambil memberitahu mengapa anda ingin memenangi produk tersebut.

Anda juga perlu tagĀ seorang rakan lelaki anda dalam kiriman komen berkenaan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman sesawang rasmi bagi promosi berkenaan bermula hari ini.

Sumber