Shopee Tawar Ikan, Daging Dan Sayuran Segar Pada Platform Mereka

Platform e-dagang Shopee kini melakukan satu lagi langkah baru dalam menjayakan platform mereka selari dengan industri yang bergerak pantas. Shopee akan menawarkan kategori ''barangan runcit segar'' yang akan memperlihatkan makanan laut, ayam dan sayur-sayuran segar dijual di platformnya.

Kini, pengguna boleh dapatkan pelbagai barangan yang dimahukan dalam satu talian melalui satu pasaran. Selain itu, dengan pembaharuan yang dilakukan ini turut membuka peluang serta potensi kepada usahawan dan pedagang baru dalam menjual di e-pasaran terbuka.

shopee

Penawaran ini boleh didapati di bandar-bandar utama di Lembah Klang sebelum dilancarkan ke seluruh negara. Pedagang dan penjual hasil segar juga dijangka menyertai platform ini pada bulan hadapan.

Sebagai permulaan, Fish-Club dan Fresh Trap akan membawakan lebih dari 60 jenis tangkapan laut, daging dan sayuran segar dari Pontian, Sekinchan serta Kuala Selangor.

fish club shopee

 

Pengguna yang membeli makanan laut daripada kedai rasmi Fish Club berpeluang menikmati kadar tetap RM20 untuk penghantaran atau berbelanja sekurang-kurangnya RM300 untuk menikmati penghantaran percuma.

fresh tap shopee

Fresh Tap juga menawarkan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran segar yang dibungkus untuk penghantaran. Kadar penghantaran ialah sebanyak RM 12 bagi kedai ini.

Pengguna yang membelanjakan barangan dari Fish Club dan Fresh Trap di Shopee akan menerima penghantaran dalam masa 1 hingga 3 hari.

Diskaun sebanyak 50 peratus turut ditawarkan bagi barangan seperti makanan laut, ayam, ketulan daging lembu dan sardin pada Shocking Sale pada 3 dan 4 Mac ini.