Shopee Pulang Balik Duit Jika Peranti Huawei Tidak Boleh Akses Aplikasi Google

Terdahulu dilaporkan bahawa beberapa penjual peranti tempatan seperti DirectD ada menawarkan jaminan bayaran balik bagi peranti Huawei yang gagal mengakses aplikasi Google.

Walaupun berita tentang sekatan Amerika Syarikat keatas Huawei sudah ditarik balik, ia tidak menghentikan Shopee dari melakukan penawaran sama untuk belian peranti dari platform jual beli dalam talian mereka.

Program jaminan yang dipanggil sebagai App Protection Warranty itu akan melibatkan penjual yang menyertainya dan pembelian diantara 1 Julai 2019 sehingga 30 September 2019, akan diberi jaminan bayaran balik sekiranya aplikasi Google tidak berjaya beroperasi pada peranti Huawei dalam tempoh waranti.

Aplikasi-aplikasi yang dimaksudkan adalah Google Play Store, Gmail, Google Map, Google Gallery, Chrome, YouTube, Facebook, Instagram, dan WhatsApp.

Program App Protection Warranty ini hanya menjamin beberapa model terpilih seperti:

Telefon pintar

  • P20 dan P20 Pro

  • P30 dan P30 Pro

  • Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20X

  • Nova 3, Nova 3i, Nova 4 dan Nova 4e

  • Y Max, Y5 (2019), Y5 Prime (2018), Y6 (2018), Y7 Pro (2019), Y9 (2019) dan Y9 Prime (2019).


Tablet

  • Mediapad M5 Pro, M5, M5 Lite 10, M5 Lite 8, T3 7, T5 10


Senarai penjual dan pengedar yang menyertai program App Protection Warranty:

Selain itu, bermula dari 1 hingga 30 Julai 2019, anda boleh gunakan kod JULMOBILE30 dan nikmati rebat RM30 apabila membelanjakan RM1000 pada kategori Mobile and Gadgets di Shopee.