Shopee Perkasakan Jenama dan Penjual Malaysia Untuk Manfaatkan Ledakan E-Dagang Sempena 10.10 Brands Festival

Shopee telah mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengadakan kempen nasional Beli Barangan Malaysia dalam talian dan rantau ini. Langkah ini bertujuan menggalakkan pembelian produk buatan Malaysia dan membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka serta berkembang maju dalam persekitaran yang amat kompetitif.



Berikut merupakan beberapa inisiatif utama akan dijalankan di bawah kerjasama ini:

  1.  Untuk memastikan keterlihatan produk-produk buatan Malaysia di platform e-dagang, Shopee telah menghasilkan halaman koleksi khusus Beli Barangan Malaysia yang mengetengahkan produk buatan Malaysia daripada jenama tempatan popular seperti Pensonic, BeauSiti oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza, Aik Cheong, Selamat, Victoria Sloane, Kaca-Kaca, 888, Amazin' Graze dan OldTown White Coffee.

  2. Bermula dengan 10.10 Brands Festival, Shopee berikrar untuk mengetengahkan koleksi Beli Barangan Malaysia untuk acara membeli-belah mega akhir tahun yang akan datang termasuk kempen global 11.11 dan kempen 12.12. Ini adalah untuk memastikan penjual produk buatan Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan trafik dan kegiatan membeli-belah dalam talian untuk tempoh tersebut.

  3. Selain daripada menyokong produk tempatan di Malaysia, Shopee juga membolehkan penjual tempatan mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara dengan inisiatif rentas sempadan serba lengkap. Dikenali sebagai Shopee International Platform (SIP), inisiatif ini menawarkan pelbagai kemudahan logistik, pembayaran dan perkhidmatan pelanggan kepada penjual tempatan tanpa sebarang kos tambahan.


Sementara itu, untuk memacu minat dan trafik untuk Shopee 10.10 Brands Festival dan inisiatif kempen Beli Barangan Malaysia, beberapa rakan niaga Shopee akan menawarkan pelbagai tawaran eksklusif seperti:

  • Boat Noodle: Dapatkan 2 Mangkuk Boat Noodle untuk hanya RM1.10 untuk 2 Mangkuk Boat Noodle pada 10.10 (sementara stok masih ada).

  • Salad Atelier: Nikmati diskaun 50% untuk Raccoon Salad, Greek God Bowl, dan Quinoa Lemak Wrap & RM10 untuk Chicken Teriyaki bowl, Rabbit and Raccoon Sandwich

  • Baskin Robbins: Potongan sehingga 31% di kedai rasmi Baskin Robbins

  • Burger King: Dapatkan 2 burger hanya untuk RM10

  • Boost: Dapatkan diskaun 10% untuk baucar Shopee dari Boost App pada 10.10 dan anda berpeluang untuk memenangi pulangan tunai sebanyak RM100 dan iPhone 11, ditaja oleh TMT

  • Haagen Dazs – Nikmati diskaun sehingga 60% untuk ais krim.




Menurut Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail:

“Menerusi pakatan dengan platform e-dagang seperti Shopee, kami berharap untuk meningkatkan permintaan bagi produk buatan Malaysia dan menggalakkan usahawan tempatan untuk lebih berdaya saing dan bersedia untuk mengeksport. Memandangkan Shopee menawarkan capaian kepada 20 juta pengguna di Malaysia dan berpotensi untuk mencapai 200 juta lagi pengguna di rantau ini, saya yakin bahawa kempen Beli Barangan Malaysia di Shopee akan mencatatkan kejayaan besar,” 

 

Untuk maklumat lanjut layari : Shopee.my