Shopee mengumumkan khidmat 'self collection' yang membenarkan pelanggan mengambil barang mereka di tempat pengumpulan tanpa dihantar ke rumah. Dengan ini, barang anda tidak akan diserahkan pada anda secara terus namun ditinggalkan di tempat pengumpulan iaitu Collection Point.
Anda kemudian perlu menuntut barang di Collection Point dalam tempoh 7 hari. Ini amat memudahkan pengguna yang sering berada di luar serta tidak mengganggu jadual harian akibat menunggu pihak kurier.
Shopee mempunyai sehingga 300 Collection Point di seluruh Lembah Klang merangkumi stor Mail Boxes ETC, Shopee Xpress dan Parcelhub.
Apabila barang sedia diambil di Collection Point, pengguna akan menerima notifikasi di aplikasi Shopee dan juga SMS yang mengandungi kod PIN. Fungsi kod PIN ini adalah untuk dinyatakan di pusat pengumpulan ketika pengguna menuntut barang.
Pengguna juga boleh mewakilkan seseorang untuk mengambil barang mereka selagi individu yang diwakilkan mempunyai nombor telefon pemilik barang, kod PIN dan nombor penjejakan (tracking number) barang tersebut.
Perkhidmatan ini bagaimanapun masih terhad di Lembah Klang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman Shopee.
Baca juga:
- Ini Yang Patut Anda Lakukan Kalau Dapat Mesej Palsu Shopee Di WhatsApp
- Ini Cara Nak Tahu Berapa Banyak Dah Habiskan Duit Di Shopee
- Shopee Kini Sokong Pembayaran Melalui Google Pay
Berkaitan
- Peniaga Shopee Akan Dikenakan Caj Untuk Barang 'Return/Refund' Mulai Bulan Depan
- Dijual Di Shopee Serendah RM1, Ini Kebenaran Tentang 'Sticker Boleh Tarik Line'
- ShopeePay Hadkan Penggunaan Wang Yang Ditambah Nilai Daripada Kad Kredit
- Shopee: Tiada Lagi Caj Penghantaran Untuk 'Self-Collection'
- Shopee For Student Eksklusif Bagi Pelajar, Hanya 3 Langkah Untuk Daftar
- Ramai Tak Puas Hati Dengan J&T, Pertikai Mengapa Shopee Masih Gunakannya
- Ini Aksesori iPhone Bawah RM50 Yang Ada Di Shopee
- Shopee Kini Sokong Pembayaran Melalui Google Pay
- ShopeePay Tamatkan Ciri 'Withdrawal', Ini Cara Lebih Pantas Pindah Wang Ke Akaun Bank
- Shopee Kini Tetapkan Cara Baharu Untuk Tebus Baucar