Shopee Hadir Dengan 'Salam By Shopee' - Fungsi Peringatan Waktu Solat

Untuk menjadikan sambutan lebih bermakna, Shopee mengadakan kempen Raya Bersama Shopee bagi memenuhi segala keperluan dan persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri ini.



Bermula dari sekarang hingga 26 Mei 2020, kempen ini menawarkan pelbagai keperluan harian dari serendah RM10. Antaranya termasuk MILO, kurma, ayam, ikan, daging, beras dan minyak masak serta peralatan rumah seperti pengisar dan lain-lain. Pada masa yang sama, pengguna dapat menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM19.

Selain itu, kempen ini turut menampilkan Jualan Hebat Raya pada 23 dan 24 April serta Pesta Jualan Raya pada 14 dan 15 Mei. Dalam empat hari tersebut, Shopee akan mengadakan tawaran istimewa dengan diskaun sehingga 80%, tawaran RM1 untuk produk-produk tertentu. Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum juga akan diturunkan kepada RM10 dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.



Dalam pada itu, fungsi Salam by Shopee juga hadir pada aplikasinya. Fungsi ini direka untuk memudahkan aktiviti perbelanjaan termasuk menawarkan diskaun dan baucar serta resipi raya bagi memudahkan pengguna mencari ramuan masakan.

Sebagai tambahan, fungsi ini didatangkan dengan peringatan waktu solat. Melalui fungsi ini juga, pengguna boleh memberi sumbangan derma kepada organisasi-organisasi amal.

Untuk memeriahkan lagi musim perayaan, Shopee turut membawakan beberapa aktiviti menarik termasuk Shopee Live, Shopee Games dan Duit Raya iaitu pengguna boleh memberi duit raya melalui e-dompet ShopeePay.