Shopee Dengan Kerjasama Maybank Kini Tawarkan Kad Kredit Visa Platinum Untuk Pengguna Shopee

Shopee, Maybank, dan juga Visa kini telah memperkenalkan kad kredit Platinum untuk platform e-dagang tersebut yang boleh digunakan untuk rakyat Malaysia - Maybank Shopee Credit Card.

Menariknya mengenai kredit kad Shopee ini, ia hadir dengan ganjaran unik seperti Shopee Coins. Apabila pengguna berbelanja semasa kempen terpilih atau setiap 28 haribulan, mereka akan menerima

  • 5x jumlah Shopee Coins untuk semua pembelian

  • 4x jumlah Shopee Coins untuk pembayaran makanan, hiburan dan pembayaran tanpa sentuh

  • 1x jumlah Shopee Coins untuk semua transaksi lain




Kesemua Shopee Coins yang dikumpul ini boleh digunakan untuk pembelian masa hadapan dan juga menebus baucar daripada ciri Daily Coins Rewards dalam aplikasi tersebut.

Tambahan lagi, untuk pengguna yang mengumpul lebih dari 5,000 Shopee Coins setiap bulan akan diberi ganjaran berbentuk Maybank TreatsPoints. Ia boleh digunakan untuk menebus hadiah dari Maybak pula.

Untuk permohonon kad kredit Maybank Shopee ini, ia layak untuk kesemua rakyat Malaysia berumur dari 21-65 tahun mulai Julai ini. Tiada yuran tahunan yang dikenakan dan pengguna yang berpendapatan tahunan RM36,000 layak untuk mendaftar.

Bagi pemohon yang berjaya, mereka akan menerima ganjaran 5,000 Shopee Coins apabila mereka membelanjakan sebanyak RM300 dalam tempoh 2 bulan.

Pelancaran kad kredit ini juga adalah sebahagian dari 7.7 Mid Year Sale yang kini sedang berlangsung sehingga 7 Julai. Sehubungan dengan itu, untuk pengguna yang mendaftar awal sebelum atau pada 7 Julai, mereka akan menerima baucar Shopee bernilai RM500 apabila mereka membelanjakan sebanyak RM300 dalam masa 45 hari.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Shopee Malaysia.

 

 

Berkaitan