Shopee mendapati trafik pembelian meningkat sejak PKP bermula akan tetapi tiada tanda pembelian panik dilakukan berbanding PKP pertama tahun lepas.
Melalui data yang diperoleh, pembelian peralatan teknologi dan produk pembaikan rumah meningkat sebanyak 4.5 kali ganda. Ini disebabkan orang ramai terpaksa bekerja dan belajar dari rumah.
Menariknya, produk seperti komputer riba, telefon pintar, tablet, komponen rangkaian, pencetak dan sistem audio menikmati jualan lebih daripada 550,000 unit.
Tambahan lagi, kempen yang dilakukan YES juga dilihat berhasil dimana kad SIM YES Kasi Up menerima pembelian mencecah hampir 20,000 unit dalam masa lima hari.
Selain itu, barangan untuk mencantikan serta pembaikan rumah turut meningkat 8 kali ganda. Manakala, barangan keperluan seperti daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan meningkat sebanyak 2 kali ganda. Bukan itu sahaja, permintaan bagi makanan haiwan peliharaan juga melonjak tiga kali ganda.
Bersempena Tahun Baru Cina, Shopee akan merancakkan lagi trend ini dengan memberikan baucar diskaun 88% setiap hari serta penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum hanya 8 sen.
Kempen jualan ini akan bermula pada 2 Februari (Shopee 2.2) sehingga 13 Februari.
Banyak lagi aktiviti menarik sepanjang tempoh ini seperti RM8,888 kotak bertuah, Shopee Live pada 10 malam setiap hari dan nikmati diskaun sehingga 80% untuk Limited Time Huat Deals pada 12pm dan 8pm pada 2 Februari ini.
Berkaitan
- Diskaun Sehingga 26% Melalui Promosi Amazfit Di Shopee
- Telefon OPPO Ini Jadi Pilihan Pembeli Shopee Dan Lazada
- Shopee Pay Kini Menyokong Pembayaran Dengan DuitNow QR
- Ini Antara Barang Elektronik Yang Ada Diskaun Sempena Shopee 11.11
- Sony Tawar Fon Telinga WF-1000XM3 Dengan Setiap Pembelian Xperia 1 II Melalui Shopee
- Diskaun Sehingga RM350 Untuk iPhone Sempena 4.4 Shopee
- Dapatkan iPhone 11 Pada Harga Promosi Sempena Shopee Merdeka Mobile Sale
- Mufti WP Perjelas Isu Syariah Terhadap Penggunaan 'Shopee Pay Later'
- Tiada Lagi Pilihan Kurier Di Shopee Bermula 17 Jun Ini
- OnePlus Nord Laris Di Shopee