Shopee Dan Samsung Bakal Adakan Promosi Dengan Diskaun Sehingga 45%

Shopee dan Samsung Electronics hari ini mengumumkan jalinan kerjasama yang mana ia bertujuan mengalakkan lebih ramai lagi pengguna di rantau Asia Tenggara dalam membeli-belah di platform e-dagang tersebut.

Kerjasama ini juga merupakan sebagai satu tanda sokongan serta komitmen Shopee kepada Samsung yang mana pada tahun lalu, jualan produk pengeluar elektronik terbabit telah meningkat lebih empat kali ganda.

Bermula dari 29 Julai ini sehingga 1 Ogos 2019, satu kempen interaktif bakal diadakan dengan pelbagai tawaran menarik beserta diskaun untuk produk Samssung di plarform Shopee. Antarany adalah;

  • Spin the Wheel - Anda berpeluang memenangi hadiah terkumpul bernilai sehingga RM12,500, termasuk 200,000 Shopee coin, TV Smart QLED 4K 55 inci, Samsung Galaxy A80 edisi Blackpink dan Galaxy Earbuds.

  • Shopee LIVE - Shopee akan membuat penstriman secara langsung pada 31 Julai (1 petang) yang menawarkan peluang memenangi Samsung Galaxy A50 melalui tekaan kod ketika LIVE sedang berlangsung

  • 24/7 tawaran eksklusif-

    • Diskaun sehingga 40% bagi peranti seperti Galaxy A30, Galaxy S10 dan Galaxy A 7.0

    • Pada 31 Julai, 250 pelanggan pertama yang membeli Galaxy A80 Blackpink Edition akan menerima baucar tunai Shopee RM80.

    • Sepanjang tiga hari kempen berjalan, Samsung Galaxy M10 dijual pada harga RM389 (harga asal RM449) dan Samsung Galaxy M20 pada RM659 (harga asal RM799).

    • Penjimatan sehingga 45% juga boleh didapati melalui pembelian perkakasan rumah Samsung seperti ketuhar gelombang mikro, TV LED, mesin basuh dan banyak lagi.






Bagi anda yang mahu mendapatkan penjimatan bolehlah melawati Shopee pada tarikh kempen itu berlangsung.