Shopee Catat Rekod Baru Dengan Penjualan 70 Juta Barangan Pada 11.11 Yang Lalu

Shopee menyimpulkan kempen Big Sale 11.11 sebagai satu fenomena di rantau ini apabila mencapai rekod baru dengan 70 juta barangan terjual pada 11 November. Selain itu, platform beli itu juga telah menerima tiga kali lebih banyak pesanan pada jam pertama berbanding dengan apa yang telah dicatat pada tahun 2018.

Big Sale 11.11 baru-baru ini menyajikan para pelanggan Shopee dengan pelbagai promosi dan hiburan tanpa henti selama tiga minggu, ditambah pula dengan sistem penghantaran percuma apabila berbelanja sekurang-kurangnya RM11.



Aktiviti beli-belah di dalam talian itu mendapat sambutan paling hangat pada waktu puncaknya, kira-kira jam 12.10 tengah hari kerana kempen tersebut kebetulan berlangsung pada hari bekerja.

Dalam pada masa yang sama, KFC sebagai jenama baru yang ada di dalam Shopee nampaknya telah merekodkan jualan yang baik dengan jumlah pesanan tertinggi dari kategori F&B.

Keyakinan pengguna kepada Shopee dilihat semakin meningkat pada Big Sale 11.11 ini apabila ramai pelanggan membuat pembelian telefon pintar kelas atasan terbaru seperti iPhone 11 Pro Max, Huawei P30, Asus ROG Phone II, Samsung Galaxy S10 +, OPPO Reno 2, dan Honor 20 Pro yang biasanya berharga RM3,000.



“Walaupun 11.11 ialah pesta beli-belah global, Shopee telah berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana kami membuat penyesuaian mengikut kehendak dan cita rasa tempatan. Usaha kami disokong oleh penjual, jenama dan rakan-rakan yang menyertai sambil kami menawarkan pengalaman yang menarik bagi pengguna", kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee.

Shopee berbakti semula pada masyarakat

Buat julung kalinya, Shopee melancarkan kempen amal pertama mereka, iaitu #ShopeeMAKNA bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Ia bertujuan untuk meraih dana bagi rawatan pesakit kanser.

Shopee dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan mereka dalam menghimpun rakyat Malaysia dan rakan kerjasama seperti Sunway Medical Centre bersama-sama mengumpulkan sejumlah RM114,170 dalam masa hanya tiga minggu.



Strategi Shopee untuk meningkatkan kesedaran ini memuncak dengan siaran langsung yang disiarkan di Shopee Live dan Astro Prima. Antara personaliti yang turut terlibat dengan acara tersebut adalah Liyana Jasmay, Elyana, As'ad Motawh, Yasmin Hani, atlet gimnastik negara Koi Sie Yan, dan ramai lagi. Mereka semua mengambil bahagian dalam enam cabaran yang diundi oleh rakyat Malaysia untuk mengumpul dana tersebut.

Ian Ho menambah lagi dengan menyatakan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang dan menyokong usaha Shopee. "Sambil menantikan penghujung tahun 2019, kami menjemput rakyat Malaysia sama-sama untuk meraikan ulang tahun kami yang akan datang pada 12.12 Birthday Sale.”