Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopee Bersama PDRM Mendidik Pengguna Lindungi Diri Dan Kenal Pasti Scammer

Shopee Bersama PDRM Mendidik Pengguna Lindungi Diri Dan Kenal Pasti Scammer

Diterbitkan Julai 8, 2022 oleh ariff bukhari

ShopeePay Malaysia dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengajurkan forum bertajuk Celik Jenayah Siber bagi mendidik pengguna melindungi diri dan mengenal pasti penipuan atas talian dan jenayah e-dagang.

Forum yang diadakan pada 5 Julai 2022 lalu itu turut mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Bank Negara.

Dalam forum itu, ahli panel mengintakan pengguna supaya sentiasa melakukan semakan di saluran rasmi sebelum memberikan sebarang maklumat apabila dihubungi oleh individu yang mengaku kononnya diri mereka sebagai pegawai kerajaan atau wakil bank.

Ini kerana, penjenayah siber sering menyamar dengan menggunakan taktik phishing bagi menipu mangsa.

Taktik yang sering digunakan scammer adalah seperti menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan secara atas talian yang sering dibuat melalui platfom WhatsApp atau SMS juga penyamaran dari pihak bank, LHDN mahupun Shopee.

Oleh itu, jika anda dihubungi scammer, anda perlu bertindak dengan menghentikan hubungan, menyekat nombor telefon serta buat laporan dengan menghubungi pihak bank dan polis.

Sumber: Media Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY