Shopback - Platform Beli Belah Yang Berikan Pulangan Tunai Untuk Setiap Pembelian

Pasti di sini ramai yang gemar dengan online shopping kan? Disini kami akan kongsikan bagaimana pengguna dapat berjimat apabila berbelanja dalam talian. Selain duit kita akan keluar untuk membeli barang, ada juga duit akan masuk dalam akaun kita. Pernahkah dengar tentang Shopback?

Shopback adalah satu aplikasi yang menawarkan sehingga 30% rebat tunai pada semua pembelian di dalam talian. Di samping memberikan akses kupon yang terkini kepada pengguna dan juga menawarkan lebih 500 kedai dalam talian. Antara laman web e-dagang yang boleh guna Shopback adalah Lazada, Shopee, Zalora, Sephora, Al Thea, Motherhood dan Fashion Valet.



Jika anda gemar melancong atau mengembara, shopback turut menyediakan perkhidmatan tempahan pada perkhidmatan seperti Agoda, Airbnb, Klook, CatchThatBus, KLIAekspress, Roaming Man (Portable Wifi) dan banyak lagi.

 

Cara menggunakannya sangat mudah dimana anda hanya perlu mendaftar seperti biasa dan seterusnya boleh terus membuat pembelian dari kedai talian yang disenaraikan.

Pulangan tunai yang dijanjikan akan diterima dalam tempoh dua hari selepas pembelian dibuat. Pulangan tunai tersebut boleh ditebus sam ada melalui PayPal atau melalui mana-mana akaun bank yang anda tetapkan.

Jadi bagi anda yang kerap berbelanja dalam talian boleh menggunakan aplikasi Shopback ini untuk dapatkan pulangan tunai serta penjimatan bagi setiap pembelian.

 

 

Berkaitan