Shell Dan Microsoft Bekerjasama Dalam Usaha Mengurangkan Pencemaran Karbon

Dalam usaha 2 syarikat untuk mencapai mengurangkan pencemaran karbon, Shell International Petroleum Company Limited dan Microsoft Corporation telah menjalinkan kerjasama strategik bagi menyokong antara satu sama.

Usaha strategik itu adalah bagi mencari model terbaik bagaimana mereka dapat bersama mencapai sasaran mengurangkang pencemaran karbon sehingga 0%.

We are building on our work with Shell by establishing a deeper alliance to further accelerate innovation in support of decarbonization and energy industry transitionMicrosoft.

Kerjasama strategik ini akan membantu Shell yang bercita-cita mengurangkan pencemaran karbon sehingga 0% menjelang 2050.

Sementara Shell pula akan memperuntukkan teknologi sumber tenaga baru kepada Microsoft di mana syarikat itu mensasarkan penggunaan tenaga baru sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Antara usaha utama yang lain dalam kerjasama yang dijalinkan ini termasuklah pembangunan bersama teknologi kecerdasan buatan (AI) serta penggunaan storan awan Microsoft Azure sebagai platfom system dan penyimpanan data yang selamat.