Shazam Untuk iOS Kini Mempunyai Mod Luar Talian

Sebagai pengguna Shazam, anda semestinya sudah mengetahui bahawa aplikasi terbabit hanya berfungsi secara dalam talian sebelum ini.

Namun selepas dibeli Apple, aplikasi Shazam kini menawarkan sokongan luar talian bagi peranti iOS.

Menerusi kemaskini baru itu, anda boleh menggunakan aplikasi secara luar talian dan apabila peranti iOS bersambung semula dengan internet, ia akan memaparkan data berkaitan lagu yang mainkan sebelumnya.

Bagi anda pemilik iOS yang menggunakan Shazam, bolehlah mengemaskini aplikasi dengan versi baru untuk menikmatinya secara luar talian.



Sumber: MacRumours

Berkaitan