Shazam Kini Disertakan Dengan Ciri Mengesan Muzik Dari Dalam Peranti

Aplikasi Shazam menawarkan kepada pengguna ciri mengesan sesuatu lagu yang didendangka disekeliling kita. Melaluinya, kita mampu mengetahui judul serta maklumat lain mengenai lagu tersebut. Pengesanan lagu dibuat melalui mikrofon peranti dan ia akan menggunakan internet untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan lagu yang dicari itu.

Bagi yang belum mengenali, aplikasi Shazam suatu aplikasi yang mengesan musik yang dimainkan di sekeliling anda sama ada dimainkan di pemain musik atau pada peranti atau aplikasi  lain seperti aplikasi Youtube, yang dikesan melalui mikrofon peranti anda dan seterusnya mencari maklumat tersebut di internet.

Sebelum ini Shazam hanya dapat mengesan audio yang datang dari luar peranti sahaja. Menambahbaik fungsi, Shazam kini diberikan kebolehan mengesan lagu dari dalam peranti itu sendiri dan ciri itu dikenali sebagai Pop-Up Shazam.



Ciri ini akan muncul diruangan notifikasi dan apabila ditekan ,  butang (seperti Messenger) akan dipaparkan yang berfungsi sebagai pengesan musik. Setelah sesuatu musik atau lagu sudah dikesan, ia akan menunjukkan butiran musik dan lirik jika ada.



Fungsi ini sangat berguna kepada pengguna sosial media yang ingin mengetahui sesuatu musik yang menarik secara rambang seperti video Story di Instagram atau Facebook.

Buat masa ini fungsi hanya boleh didapati di sistem operasi Android bagi versi aplikasi 9.33 keatas. Pengguna iOS belum dapat menggunakan fungsi Pop Up Shazam, mungkin ditawarkan pada masa yang lain.

Sumber: XDA