Sharp Bakal Perkenal Dua Model Telefon Tanpa Bezel Bulan Ini

Memetik laporan dari GSM Arena, Sharp dikatakan bakal hadir dengan dua buah model telefon pintar tanpa bezel 17 Julai ini.

Berdasarkan sumber yang diperoleh oleh GSM Arena, model mirip kepada Mi Mix itu menggunakan nama kod

  • FS8010

  • FS8016


Difahamkan kedua-duanya mempunyai spesifikasi yang sama tetapi dikuasakan dengan cip pemproses berbeza.

FS8010 akan dilengkapi dengan Snapdragon 630, sementara FS8016 membawa Snapdragon 660.

Sharp mempertaruhkan skrin paparan bersaiz 5.5 inci dengan resolusi 2,048 x 1,080.

Turut melengkapi model ini adalah kamera selfie 8 megapiksel serta storan dalaman 64GB.

Untuk maklumat lebih lanjut, kita tunggu 17 Julai nanti.

Sumber: GSM Arena