SHANGHAI, 18 Sept (Bernama) -- Shanghai bakal melancarkan satu dana sebanyak 100 bilion yuan (US$14.6 bilion) bagi membangunkan industri kecerdasan buatan (AI), lapor agensi berita China Xinhua pada Selasa.
Semua projek dan platform utama AI akan diberi bantuan kewangan sehingga 100 juta yuan manakala perusahaan AI akan diberi akses kepada sumber data dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan.
"Langkah-langkah itu adalah sebahagian daripada usaha Shanghai untuk mempromosi industri AI dengan fokus bagi menarik lebih banyak modal dan bakat serta mengoptimumkan penggunaan sumber data.
"Shanghai perlu merebut peluang yang dicipta oleh industri AI serta memanfaatkan sepenuhnya kepelbagaian sumber yang terdapat di bandaraya itu dalam bidang penyelidikan saintifik, bakat, data dan sokongan polisi bagi melaksanakan lebih banyak teknologi baharu AI," kata timbakan ketua setiausaha kerajaan perbandaraan Shanghai, Ma Chunlei, di Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia 2018 di Shanghai yang berlangsung selama tiga hari mulai 17 Sept.
Bertema "A New Era Empowered By Artificial Intelligence," acara itu dilihat sebagai satu peluang untuk merangsang pembangunan AI di China mahupun dunia.
-- BERNAMA
Berkaitan
- Redmi Note 5 Mungkin Hadir Dengan Bingkai Nipis Dan Snapdragon 636
- Consumer Report: iPhone XS Dan XS Max Lebih Baik Daripada Sebelumnya, Tetapi Samsung Galaxy Note 9 Masih Raja
- Ini Mungkin Rekaan Sebenar Telefon Pintar Gaming Huawei Mate 20X
- Mi 9T Habis Dijual Secara Pra-Tempah Dalam Hanya 2 Jam
- Huawei MateBook X Diperkenalkan, Hanya Seberat 1kg
- Ciri Jemputan Permainan Di Facebook Akan Ditamatkan
- Sebahagian Pengguna Sudah Mula Terima Naik Taraf Unifi Turbo Lebih Awal
- Skrin Paparan Samsung Galaxy S10 Dapat Gred A+ Dari DisplayMate
- Vivo Y12 Berharga RM599 Akan Mula Dijual Bermula Esok
- Khabar Angin - Samsung Bakal Melengkapkan Galaxy Note 9 Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Paparan