Dengan kemenangan 19 kali beturut-turut sebelum ini, Team Secret berhadapan dengan satu pasukan kecil dari Brazil, SG e-sports yang mengejutkan ramai orang dengan layak ke peringkat kalah mati pertandingan ini.
Perlawanan awal pagi tadi menyaksikan perlawanan hebat antara si kerdil berhadapan dengan sang gergasi yang pasti memukau mata yang melihat.
Perlawanan Pertama
Draf perlawanan pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mahu bermain permainan lockdown dengan Team Secret menampilkan Ember Spirit, Juggernaut dan Dark Seer sebagai teras pasukan manakala SG e-sports mengharapkan Alchemist sebagai mesin farming, Clockwerk dan Troll Warlord sebagai teras.
Team Secret cuba memberi tekanan awal supaya permainan tidak berlanjut ke fasa lewat menutup peluang lawan mereka untuk kembali ke perlawanan.
Perlawanan pertama hanya berdurasi selama 28 minit sebelum SG e-sports mengaku kalah.
Perlawanan Kedua
Berbeza pula untuk perlawanan kedua dimana SG e-sports meletakkan Disruptor, Dark Seer dan Riki di lane offlane, menyukarkan pemain posisi kedua Team Secret, MP untuk mengumpul kekuatan.
Akibatnya, Team Secret kalah untuk perlawanan kedua memberi peluang kepada SG e-sports kembali merapatkan jurang.
Perlawanan Ketiga
Perlawanan ketiga pula Team Secret cuba untuk bermain lama dengan memilih Invoker untuk MidOne dan juga Bounty Hunter untuk kapten pasukan, Puppey.
Tenyata SG e-sports lebih bersedia menghadapi perlawanan ini dengan pemilihan Slark dan juga Undying yang menyukarkan Team Secret untuk merancanakan strategi mereka.
Kegagalan Team Secret menutup momentum Slark mengakibatkan mereka kalah dan seterusnya pulang dengan membawa pulang hadiah RM 272,312.50.
SG e-sports pula meneruskan saingan dan akan bertembung dalam perlawanan benua Amerika dengan Evil Geniuses.
Sumber
Berkaitan
- Call Of Duty: Mobile World Championship Tawar Hadiah Lebih $2 Juta
- Satu Ujian Mengesahkan Yang 2 Jenis Model iPhone X Mungkin Berbeza Dari Segi Kelajuan Data LTE
- Uber Berbelanja Sebanyak RM 12 Billion Tahun Lepas
- Ini 6 Watak/Hero Dota 2 Dan Mobile Legends Yang Mirip Satu Sama Lain
- Android P Untuk Xiaomi Mi Mix 2S?
- OnePlus Buds Pro Akan Dilancarkan Bersama Nord 2 5G
- Sertai Peraduan Ini Kalau Mahu Menang VIVO X60 Dan Vivo V21
- Ini 6 Watak/Hero Dota 2 Dan Mobile Legends Yang Mirip Satu Sama Lain
- SMS Pertama Dihantar 25 Tahun Yang Lepas
- Kejohanan Dota 2 The International 10 Diadakan Di Stockholm