Setiap Banduan Di UK Akan Diberikan Telefon Bimbit Tidak Lama Lagi

Telefon bimbit merupakan salah satu teknologi terpenting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Malah, sudah ada usaha untuk mengkategorikan telefon bimbit sebagai keperluan asas manusia di peringkat global. Ia juga dianggap sebagai 'nyawa' bagi sesetengah orang.

Mungkin atas sebab tersebut, Kementerian Keadilan UK telah membuat keputusan untuk memberikan satu telefon bimbit untuk setiap seorang daripada banduan yang ditahan di negara berkenaan. Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha kementerian, David Gauke.


Kredit : Newscientist


Menurut laporan akhbar tempatan, the Guardian, kerajaan mereka bersedia untuk membelanjakan kira-kira 7 juta Pound Sterling (~RM 37.4 juta) bagi melaksanakan cadangan tersebut. Buat masa ini, mereka bercadang untuk melaksanakannya di penjara yang bertempat di negara England dan Wales terlebih dahulu.

Perkara itu terpaksa dilaksanakan bagi mengelakkan keganasan berlaku di dalam penjara. Ini kerana para banduan sering bertengkar sesama mereka semasa berebut untuk menggunakan telefon yang disediakan di penjara bagi berhubung dengan dunia luar.

Akan tetapi, banduan hanya akan diberikan telefon bimbit yang hanya boleh membuat panggilan suara dan kiriman SMS serta kos panggilan perlu ditanggung oleh banduan sendiri. Langkah ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan UK bagi memastikan layanan yang lebih baik diberikan kepada banduan.

Sumber