Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Joker

Setengah Juta Telefon Huawei Dijangkiti Perisian Hasad Joker

Diterbitkan April 14, 2021 · Dikemas kini April 14, 2021 oleh Wiser MY

Jangkitan perisian hasad (malware) bukanlah perkara baharu di dalam peranti telefon pintar yang mempunyai pelbagai aplikasi. Lagi-lagi perisian hasad Joker yang bertujuan mencuri data pengguna seperti mesej SMS, senarai kenalan, dan maklumat peranti.

Setengah Juta Telefon Huawei Dijangkiti Perisian Hasad Joker
Risiko keselamatan sistem operasi

Menurut laporan penyelidik keselamatan terkini, lebih setengah juta telefon pintar Huawei telah dijangkiti melalui aplikasi tersembunyi di AppGallery. Senarai aplikasi merbahaya termasuk permainan, papan kekunci maya, aplikasi kamera, mesej atas talian, aplikasi launcher, koleksi stiker, dan aplikasi melukis.

Aplikasi-aplikasi ini kelihatan selamat namun mempunyai kod yang menyambung server kawalan untuk memuat maklumat tambahan kepada langganan secara senyap.

Huawei telah membuang aplikasi-aplikasi tersebut dari AppGallery supaya pengguna baharu tidak akan dapat memuat turun. Namun, untuk pengguna yang ada aplikasi-aplikasi tersebut di dalam peranti disarankan untuk membuangnya secara sendiri.

Berikut adalah aplikasi yang dibimbangi:

  • Superkeyboard (com.nova.superkeyboard)
  • Happy Color (com.colour.syuhgbvcff)
  • Fun Color (com.funcolor.toucheffects)
  • New 2021 Keyboard (com.newyear.onekeyboard)
  • Camera MX – photo video camera (com.sdkfj.uhbnji.dsfeff)
  • BeautyPlus camera (com.beautyplus.excetwa.camera)
  • Color RollingIcon (com.hwcolor.jinbao.rollingicon)
  • Funney Meme Emoji (com.meme.rouijhhkl)
  • Happy Tapping (com.tap.tap.duedd)
  • All-in-one messenger (com.messenger.sjdoifo)

Sumber: winfuture

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY