Setelah Sekian Lama, Notepad Terima Kemaskini

Ketika mana Windows dikemaskini serta dinaiktaraf dengan pelbagai fungsi, Microsoft seakan-akan terlupa satu aplikasi yang sudah lama wujud dalam platform berkenaan, Notepad.

Digarap dari pengumuman kemaskini oleh Google Blog minggu lalu, satu naik taraf signifikan telah diberikan kepada Notepad.

Dua kemaskini utama bakal diperkenalkan iaitu fungsi cari dan ganti teks yang diperbaharui serta fungsi zoom pada teks.

Fungsi cari dan ganti teks sudah tersedia pada Notepad namun kali ini, Microsoft menambah keupayaan wrap-around dimana ia mampu mencari kembali teks dari atas sesudah anda sampai kebahagian bawah dokumen.

Selain itu, ia juga mampu mengingati teks atau nilai terakhir yang anda masukkan pada ruang carian. Apabila fungsi cari dan ganti diaktifkan, teks tersebut akan terpapar secara automatik.



Anda juga boleh menggunakan fungsi zoom teks pada Notepad selepas ini, dimana ia boleh diaktifkan pada pilihan menu View > Zoom. Tahap zoom boleh diubah-ubah dengan cara menekan Ctrl + Plus, Ctrl + Minus atau Ctrl + Roda tetikus. Untuk mengembalikan pada saiz asal, anda hanya perlu tekan Ctrl + 0.



Lain-lain kemaskini yang dibawakan untuk Notepad adalah seperti peningkatan prestasi ketika membuka fail bersaiz besar, sokongan butang Ctrl + Backspace untuk padam perkataan sebelum dan beberapa penambahan lain.

Sumber: Google Blog via BGR