Setelah Bawa 1.5 Juta Jemaah Haji, Akhirnya Tren MMMSL Milik Prasarana Tamat Operasi

Tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) telah menghentikan perkhidmatannya secara rasmi pada isnin lepas setelah membawa sebanyak 1.5 juta jemaah haji tahun ini sejak mula beroperasi pada 29 0gos lalu.

Mengendalikan operasi tren itu sejak 2015, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) berjaya menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam  menguruskan pengangkutan tersebut.

[embed]https://twitter.com/Dahmi5352/status/904963914609426432[/embed]

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME) berkata, hasil maklum balas yang diperoleh melalui media-media Arab, pihak berkuasa Arab Saudi dan penumpang tren sendiri gembira dengan perkhidmatan telah ditawarkan.

Selain itu, kerajaan Arab Saudi turut merakamkan penghargaan kepada Prasarana kerana berjaya melancarkan pergerakan Jemaah haji tahun ini.

Hanya beroperasi selama tujuh hari pada musim haji, MMMSL telah membawa jemaah ke destinasi-destinasi berkaitan ibadah iaitu Muzdalifah, Mina dan Arafah.

Walaupun kontrak pengendalian tren bernilai RM911 juta  yang di peroleh Prasarana pada tahun 2015 ini akan tamat pada 31 Mei tahun hadapan, namum mereka masih yakin akan diberikan peluang sekali lagi untuk terlibat dengan projek di Arab Saudi pada masa akan datang.

Sumber