Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Setel Lite

Setel Lite Hanya Sebesar 7.9MB, Ini Bezanya Dengan Setel Biasa

Diterbitkan April 18, 2023 · Dikemas kini April 18, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Setel Lite ialah aplikasi baharu diperkenalkan Setel. Ia merupakan versi lebih ringan dan ringkas dengan ciri asas, sesuai untuk warga emas dan mereka yang ingin jimatkan storan.

Hal ini kerana ia hanya bersaiz 7.9MB berbanding Setel biasa sebesar 27MB.

Mazlin Erawati Ab Manan, CEO Setel berkata bahawa mereka berharap dapat menjadikan pengalaman mengisi petrol lebih mudah diakses dan mesra pengguna kepada segmen komuniti yang kurang diberi perhatian serta mereka yang mempunyai isu sambungan selular dengan fungsi telefon yang terhad.

Setel Lite cara guna – BM

Antara kunci utama kewujudan Setel Lite ini ialah untuk memudahkan ia diakses bagi mereka yang menggunakan telefon yang mempunyai storan terhad, peranti yang lama dan warga emas.

Kenapa ia dikatakan mesra warga emas? Hal ini kerana ia hadir dengan ciri yang ringkas bersama butang yang lebih besar dan jelas lantas memudahkan penggunaan.

Berkaitan

  • Setel Kini Boleh Guna Untuk Bayar Parkir Majlis Perbandaran Di 3 Kawasan
  • Setel Kini Boleh Ditambah Nilai Dengan ShopeePay, Ini Caranya
  • Setel Kini Sokong DuitNow QR, Boleh Guna Untuk Pembayaran Di Kedai

Ia boleh digunakan telefon yang menjalankan Android 4.4 dan EMUI 3 serta ke atas.

Dari segi sambungan, ia dapat digunakan dengan lancar walaupun dengan sambungan EDGE, 2G mahupun 3G.

Muat turun Setel Lite

Google Play Store – Klik SINI

Huawei AppGallery – Klik SINI

Untuk versi iOS, Setel tidak mengumumkan pula apakah ia akan tersedia kelak.

Terdahulu, Setel telah umumkan sokongan terhadap DuitNow QR yang bermakna boleh digunakan untuk pembayaran di kedai.

Sumber: Siaran Akhbar Setel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY