Setakat Ini, Samsung Masih Kekal Sebagai Pengeluar Utama Telefon Pintar Di Dunia

Huawei dan Apple masing-masing di tangga ke-2 dan ke-3.


Berdasarkan kepada data dari kaji selidik yang dikongsikan oleh penyelidik dari Strategy Analytics dan Counterpoint berkenaan dengan kedudukan syarikat pengeluar telefon pintar, mereka mendapati Samsung masih kekal sebagai pengeluar telefon pintar di dunia.

Setakat suku ke-2 tahun 2019 sahaja, Samsung telah berjaya menjual lebih daripada 76 juta unit telefon pintar di seluruh dunia. Ia merupakan peningkatan sebanyak 7.1% bagi tempoh yang sama berbanding tahun lepas di mana hanya 71 juta unit telefon pintar berjaya dijual oleh syarikat Korea tersebut.

Ia disusuli oleh pengeluar telefon pintar terbesar dari China, Huawei yang berjaya menjual lebih daripada 58 juta unit telefon pintar mereka di seluruh dunia.

Manakala Apple yang berada di tangga ke-3 hanya berjaya menjual telefon pintar mereka sebanyak 38 juta unit iPhone di seluruh dunia.

Bagi tempat ke-4 dan ke-5 pula, ia diduduki oleh 2 lagi pengeluar telefon pintar dari China yang sedang berkembang pesat dan semakin diminati ramai peminat telefon pintar di seluruh dunia iaitu Xiaomi dan OPPO.

Kapsyen: Kedudukan 5 Syarikat teratas pengeluar telefon pintar setakat suku ke-2 tahun 2019. Kredit: Strategy Analytics


Walaupun penjualan telefon pintar di seluruh dunia kelihatan stabil pada mata kasarnya, tetapi penjualan pasaran telefon pintar secara keseluruhan adalah menurun.

Untuk tahun lepas bagi tempoh yang sama, lebih daripada 350 juta unit telefon pintar telah berjaya dijual. Sebaliknya bagi tahun 2019, hanya sebanyak 341 juta unit sahaja terjual di seluruh dunia.

Kapsyen: Data penguasaan pasaran telefon pintar oleh pelbagai pengeluar telefon pintar yang diperolehi dari Counterpoint.


Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah pengeluar-pengeluar telefon pintar dari China kini secara perlahan-lahan telah berjaya bersaing dalam pasaran telefon pintar di seluruh dunia.

Dalam beberapa tahun akan datang, tidak menghairankan sekiranya Huawei, Xiaomi, OPPP serta pengeluar-pengeluar lain telefon pintar dari China akan memintas kedudukan yang kini dipegang oleh Samsung dan Apple.

Penyelidik menjelaskan mengapa situasi tersebut boleh berlaku,

“Heavy marketing, faster portfolio refresh, high spec devices at aggressive prices, and multi-channel presence are some of the key reasons why Chinese brands fared better than the local and global OEMs. These brands have been aggressively expanding outside China and achieving growth offsetting the saturation in their home market. Their strategies and product portfolios are more aligned to the local needs and preferences, which is one of their key strengths.”

Varun Mishra, Penganalisis dari Counterpoint.