Sesuai Atau Tidak Beli Mi Note 10 Pro? Mari Baca Dahulu

Sepanjang pelayaran tahun 2019, bermacam-macam ciri dan fungsi dapat kita saksikan pada
telefon pintar yang dilancarkan. Anda pasti sedar yang mana bahagian kamera banyak
diberikan lebih fokus oleh pengeluar. Kenapa?

Mi Note 10

Kerana pengguna masa kini gemar merakam gambar untuk dikongsikan di media sosial dan
ia lebih mudah untuk dibawa kemana-mana berbanding kamera digital. Cukup dengan
telefon pintar, setiap detik boleh dirakam.

Antara peranti yang cukup hangat dibualkan pada penghujung 2019 adalah Xiaomi Mi Note
10 Pro. Diperkenalkan di Malaysia seawal 3 Disember yang lalu, ia tampil sebagai telefon
pintar pertama didunia dilengkapi dengan kamera 108MP. Tidak cukup dengan itu,
menemani kamera utama tersebut adalah empat lagi lensa; 12MP potret, 5MP telefoto,
20MP super lebar dan 2MP makro. Rakaman hadapan pula ditugaskan kepada kamera
32MP.

Mi Note 10

Bilamana menyebut tentang peranti pertama dengan kamera 108MP, mungkin ada diantara
yang tertanya-tanya, sesuai atau tidak untuk beli Mi Note 10 Pro? Siapa yang sesuai?
Jom kita lihat.

1. Penjual produk


Tidak sah jika anda menjual produk dalam talian tanpa sebarang gambar. Anda mungkin
baru berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan produk secara dalam talian. Modal besar
telah dibelanjakan rasanya anda tidak perlu untuk menambah lagi kos membeli kamera
digital.

Mi Note 10

Anda juga tidak perlu bersusah payah memindahkan gambar dari kad memori kamera digital
ke dalam komputer untuk dikongsikan ke platform jualan. Cukup sudah dengan Mi Note 10
Pro, tangkap gambar produk, sunting sedikit didalam peranti jika perlu dan terus kongsi di
kedai dalam talian anda.

Mi Note 10

Mahu cetak poster untuk produk anda? Jangan khuatir kerana melalui kamera 108MP
dengan sokongan resolusi 12032 x 9042, anda boleh mendapatkan imej yang cukup
perincian bagi poster bersaiz 4.2 meter tinggi. Tiada masalah gambar pecah dan sewaktu
dengannya.

2. Pengguna tegar Instagram dan pencipta kandungan


Ya, ini adalah kelompok pengguna yang paling sesuai mempersenjatakan Mi Note 10.
Golongan ini pasti menagih sebuah peranti yang mampu merakam video pada situasi yang
berlainan. Dengan adanya tetapan lima kamera yang disediakan, ia menyediakan fleksibiliti
penggunaan pada anda.

Mi Note 10 Kapsyen: Kredit: Billy Cane


Kamera utama dengan resolusi 12032 x 9042 memberikan imej lebih tajam, rakaman jarak
dekat melalui lensa makro. Jangan dilupakan juga kebolehan lensa kebolehan zoom optikal
5x, 10x hybrid dan zoom digital sehingga 50x. Jarak jauh atau dekat, sudut luas mahupun
zoom sehingga 50x mampu digalas sistem kamera Mi Note 10.

Mi Note 10 Kapsyen: Kredit : Kenji Ooi


Sebagai pengguna tegar laman sosial atau pencipta kandungan, pastinya anda mahu tampil
lebih kreatif dengan hasil rakaman. Antaramukanya ringkas, memudahkan anda mengubah
sebarang tetapan dan fungsi kamera. Jangan dilupakan juga mempunyai dwi penstabilan
imej optikal, dimana ia mampu menghasilkan rakaman video lebih stabil. Selain itu, terdapat
juga sokongan RAW File serta mod Vlog.

https://www.youtube.com/watch?v=H7kIWb4EwjQ

 

3. Wartawan


Satu lagi kerjaya yang memerlukan foto diambil tanpa mengira waktu dan tempat. Berada
dizaman telefon pintar yang dilengkapi ciri kamera terbaik, tugas merakam foto bukan lagi
masalah buat wartawan.

Mi Note 10 Kapsyen: Kredit : Kenji Ooi


Kamera bersaiz besar mungkin tidak lagi perlu dibawa menghadiri acara atau ketika
berlakunya sebarang kejadian. Kamera utama 108MP sudah mampu memberikan imej yang
jelas dan terperinci. Tugas wartawan juga banyak berada diluar dan dengan berbekalkan
bateri 5260mAh, ia pasti sangat membantu. Tiada keperluan membawa powerbank. Screen-on-time peranti ini melebihi 10 jam penggunaan dan melalui pengecasan 30W, hanya 1 jam 5
minit diperlukan untuk dicas penuh.

Sesuai untuk anda atau tidak?


Sebenarnya tiada pengkhususan pengguna mana yang sesuai untuk memiliki Mi Note 10.
Asalkan anda mahukan gambar yang tajam dan cukup perincian, Mi Note 10 memang wajib
masuk dalam senarai pertimbangan anda.

Mi Note 10

Bukan sekadar memfokuskan kepada kamera sahaja, peranti ini didatangkan dengan cip
pemproses Snapdragon 730G. Cip yang dibangunkan Qualcomm untuk kemampuan
permainan mudah alih lebih baik. Selain itu, rekaan kemas dengan pilihan warna antara
Midnight Black, Glacier White dan Aurora Green boleh menjamu selerta mata anda sebagai
pengguna.

Mi Note 10

Konfigurasi memori yang disediakan pula adalah RAM 6GB/8GB dengan storan sebesar
128GB/256GB. Ia sudah cukup untuk menyimpan segala khazanah digital anda.
Pengalaman penggunaan tambah menarik dengan paparan jenis AMOLED 6.47 inci,
menghidangkan kandungan dengan jelas dan terang. Skrin yang melengkung di bahagian sisi
itu juga turut dilindungi dengan Corning Gorilla Glass generasi kelima.

Mi Note 10

Ciri-ciri lain yang boleh didapati pada Mi Note 10 Pro adalah panel belakang kaca,
pengimbas cap jari pada paparan, audio resolusi tinggi bagi kualiti yang lebih baik ditambah
pula dengan adanya bicu audio 3.5mm.

Mi Note 10

Selain itu, sokongan NFC turut disediakan. Bateri besar dengan kapasiti 5260mAh,
pengecasan pantas 30W dan Xiaomi juga tidak lokek untuk memberikan pengecas dengan
daya yang sama di dalam kotak. Tidak perlu beli secara berasingan.

Berapa harga jualan untuk telefon pintar pertama berkamera 108MP ini?


Xiaomi Mi Note 10 (RAM6GB/128GB) dan Mi Note 10 Pro (RAM128GB/256GB) dijual pada
harga RM2099 serta RM2499. Sebelum terlupa, penilaian DxOMark juga mencatatkan skor
121 yang menempatkannya di kelompok tiga teratas. Nilai tertinggi yang pernah dicatat
oleh Xiaomi setakat ini.

Mi Note 10

Mahu kenal lebih lanjut mengenai kedua-dua model ini? Anda boleh layari laman rasmi
Xiaomi Malaysia. Atau terus sahaja beli secara dalam talian Mi Note 10 (Lazada dan Shopee) sementara
Mi Note 10 Pro di pautan ini (Lazada dan Shopee).