Sesi Pembelajaran Lebih Mudah Dengan Papan Interaktif Ini

Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), landskap pembelajaran menjadi berbeza dari sebelumnya. Pengajaran dan pembelajaran mula beralih secara maya atau pendidikan jarak jauh. Dalam memenuhi keperluan alat bantuan mengajar, pelbagai produk berteknologi tinggi juga telah diperkenalkan.

Antaranya adalah JOI® Smartboard, papan pintar yang digunakan bukan sahaja untuk meningkatkan cara penyampaian pengajaran, malah dapat meningkatkan cara pembelajaran. Kajian telah mendapati pelajar lebih mudah mempelajari sesuatu dengan persekitaran interaktif dan kolaboratif.



Rekaan JOI® Smartboard hadir dengan paparan skrin bersaiz 65 inci hingga 85 inci. Mengenai spesifikasi, ia dikuasakan dengan konfigurasi cip pemprosesan sehingga Intel® Core™ i7 dan resolusi paparan 4K dengan panel LED.



Dengan JOI® Smartboard, pembelajaran boleh dilakukan secara maya. Papan pintar ini menggabungkan pelbagai fungsi kolaborasi ke dalam satu paparan panel. Ia boleh disambungkan ke peranti masing-masing walaupun melakukan sesi pembelajaran dari rumah.



JOI® Smartboard juga dilengkapi dengan sistem Android terbina dan menyokong modul PC. Seterusnya, ia membolehkan papan pintar ini diintegrasikan dengan pelbagai platform pembelajaran seperti Skype, Google Meet dan lain-lain.

Menjadikannya lebih menarik adalah rakaman video dalam skrin yang dapat memudahkan sesi pembelajaran. Menerusi rakaman itu, ia boleh digunakan sebagai persediaan mengajar atau mengulang semula pembelajaran tersebut.



Dengan kehadiran JOI® Smartboard, ia menjadikan pembelajaran bilik darjah menjadi interaktif dan tidak hanya tertumpu kepada bilik darjah tradisional yang mempunyai ruang terhad. Kewujudan teknologi papan pintar ini juga sesuai pada masanya ketika pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan secara maya.

Bagi mendapatkan JOI® Smartboard, pendaftaran boleh dilakukan melalui JOI Smartboard, Transform Learning with Intel. Program sewa dan ansuran hingga 36 bulan tersedia. Tertakluk pada terma & syarat. Dengan setiap pembelian, anda juga akan menerima Thermos/Glass Flask secara percuma. Tawaran ini hanya sah sehingga 28 Jun 2020.

Ketahui lebih lanjut mengenai produk di sini dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan spesifik mengenai produk, hubungi senarai di bawah:

Wilayah Utara:

Janet – https://bit.ly/Janet_SOEM_June2020

Azhar – https://bit.ly/Azhar_SOEM_June2020

Tom – https://bit.ly/Tom_SOEM_June2020

Wilayah Tengah dan Selatan:

KK Mak – https://bit.ly/KK_SOEM_June2020

Saw – https://bit.ly/Saw_SOEM_June2020

 

Artikel ini dibawakan oleh SNS Network