Sesetengah Laman Web Tidak Boleh Zoom? Ini Cara Untuk Atasinya

Keghairahan membaca sesuatu kandungan di laman web melalui peranti pintar,  kadangkala boleh terbantut apabila teks mungkin terlalu kecil untuk dibaca.

Tindakan pertama anda pastinya melakukan sentuhan dua jari untuk zoom. Namun, sesetengah laman web tidak boleh dizoom.

Bagi anda yang menghadapi masalah ini dan sedang mencari solusi, tetapan Force Zoom boleh dilakukan pada pelayar Chrome serta Firefox.

Pastikan peranti anda (Android 7 dan keatas )mempunyai kemaskini pelayar yang terkini dan ikuti langkah dibawah.

Google Chrome

  • Buka pelayar Chrome

  • Tekan butang menu pada penjuru kanan atas (tiga titik bertindih)

  • Pilih Settings

  • Pilih Accessibility

  • Aktifkan pilihan Force Zoom




Mozilla Firefox

  • Buka pelayar Firefox

  • Tekan butang menu pada penjuru kanan atas (tiga titik bertindih)

  • Pilih Settings

  • Pilih Accessibility

  • Aktifkan pilihan Force Zoom




Kini anda bebas untuk zoom pada mana-mana laman web yang dilayari pada peranti Android menggunakan Chrome atau Firefox.

Berkaitan