Servis Penstriman Disney+ Bakal Dilancarkan Pada November Ini

Seperti yang diumumkan akhir tahun lalu, Disney akan hadir dengan servis penstriman mereka sendiri iaitu Disney+ pada tahun ini.

Perkara itu akan kenyataan pada November depan apabila Disney mengesahkan bahawa servis berkenaan bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan tersebut.



Selain daripada menonton siri, animasi dan filem Disney, pelanggan juga akan dibekalkan dengan rancangan menarik lain dari Marvel, National Geographic, Star Wars dan banyak lagi.

Menurut tangkapan skrin di bawah, servis ini menggunakan antaramuka yang hampir sama dengan bakal pesaing utamanya, Netflix.



Perkhidmatan ini disahkan akan turut ditawarkan pada beberapa platform berlainan seperti TV pintar, komputer riba, telefon mudah alih dan konsol permainan video.

Dari segi harga pula, Disney+ boleh dilanggan dengan harga $6.99(~RM29) sebulan atau $69.99(~RM289) bagi setahun langganan.

Bagi pasaran luar Amerika Syarikat pula, Disney menyasarkan akan memasuki sebahagian besar daripada pasaran antarabangsa dalam tempoh dua tahun selepas pelancarannya.

 

Sumber: The Walt Disney Company