Sertai Oppo Spin And Win Dan Berpeluang Memenangi Hadiah Berjumlah RM 800,000

OPPO Spin dan Win bakal kembali lagi pada minggu ini. Setelah memperkenalkan Merdeka Fiesta Spin & Win pada bulan lepas, Oppo Malaysia telah menerima banyak maklum balas daripada pelanggan setianya. Bermula dari 13 September hingga 16 September, pelanggan yang membeli produk OPPO mungkin berpeluang memenangi hadiah bernilai RM800,000.


Pelanggan yang membeli sebarang produk OPPO bermula dari 1 September hingga 16 September 2019 dari mana-mana Kedai Konsep Rasmi OPPO, kedai pengedar yang sah, rakan e-dagang (Lazada & Shopee) dan rakan telekomunikasi (Celcom, Digi & Maxis) berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah.

Untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini, anda perlu memberikan resit asal pembelian ke Kedai Konsep OPPO yang terpilih (32 cawangan) dan berhak membuat 1 spin bagi setiap resit pada “Wheel Of Fortune”. Peraduan cabutan bertuah dan penebusan hadiah bermula dari 13 September - 16 September 2019.

Anda juga berpeluang untuk memenangi baucar OPPO Shopee yang bernilai RM10, Pelindung Skrin OPPO dengan jaminan tambahan sehingga 6 bulan, Kabel USB atau kad SD 32GB. Terdapat banyak lagi jenis hadiah dari OPPO yang akan dimenangi.