Serangan Ransomware Di Malaysia Meningkat Sehingga 58% Tahun Ini - Kaspersky

Serangan ransomware banyak berlaku pada pengguna peranti Android.


Menurut laporan firma pembangun perisian keselamatan Kaspersky, Malaysia adalah antara negara yang paling banyak dikesan berlakunya kes serangan ransomware terhadap peranti pintar.

Kaspersky mendedahkan, mereka mengesan peningkatan serangan ransomware di Malaysia sehingga 58% tahun ini berbanding tahun lalu. Sekaligus menjatuhkan kedudukan Malaysia dari tangga 36 ke tangga 17 sebagai negara yang paling banyak diserang ransomware.

Peningkatan serangan pula tidak terhad pada komputer peribadi, tetapi juga turut meningkat berlaku pada peranti pintar.

Bagi serangan pada komputer peribadi, serangan ransomware cryptolocker adalah yang paling banyak terjadi. Jenis perisian hasad ini amat popular kerana ia akan meminta penggunanya membayar dalam jumlah tertentu bagi membuka semula data yang dikunci oleh perisian hasad tersebut.

Satu lagi ransomware yang popular adalah perisian hasad blocker yang menyekat pelayar atau sistem operasi daripada berfungsi. Hanya selepas  pengguna membayar sejumlah wang kepada penggodam barulah mereka akan dapat menggunakan semula peranti pintar mereka.

Serangan perisian hasad blocker banyak terjadi pada pengguna peranti Android. Oleh itu, Kaspersky menasihatkan pengguna di Malaysia supaya lebih peka akan peri pentingnya keselamatan peranti pintar mereka.

More Malaysians are moving towards online banking now and we expect the adoption rate to increase tremendously in
2020, more so with the Budget 2020 where Malaysians will receive RM30 digital cash as a form for the
government to push the e-wallet adoption in the country. With this, the mobile users in the country
should start paying attention to securing their smartphones, beyond the physical protection, but the
virtual world too.” Yeo Siang Tiong, Pengurus Besar Asia Tenggara Kaspersky.