Serangan Meow - Penggodam Buang Beribu Pengkalan Data, Tinggalkan Perkataan Meow

Beribu-ribu pengkalan data dilaporkan telah disabotaj oleh pihak tidak bertanggung jawab. Dikatakan penggodam menggunakan bot untuk memadam kesemua data dan hanya meninggalkan perkataan "meow" sahaja.

Pada mulanya, serangan ini ditujukan untuk pangkalan data jenis ElasticSearch yang disimpan dalam pelayan dari UFO VPN. Namun, tidak lama selepas itu, ia mula menyerang beberapa pangkalan data lain seperti MongoDB, Apache Casandra dan seterusnya.

https://twitter.com/MayhemDayOne/status/1285302137979916288?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1285303164116389890%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Ftekno.kompas.com%2Fread%2F2020%2F07%2F24%2F13500077%2Fmeow-attack-hacker-hapus-ribuan-data-sisakan-kata-meong-

Motif di sebalik serangan bukanlah tebusan atau bayaran sebaliknya boleh dikatakan sekadar suka-suka oleh penggodam yang tidak bertanggung jawab itu.

Salah satu laporan melaporkan penggodam hanya menyasarkan kepada pangkalan data yang tidak mempunyai sekuriti tinggi sahaja.

Setakat ini, Serangan Meow telah menyerang sekitar 1,800 pangkalan data. Namun, jumlah ini berkemungkinan meningkat pada masa akan datang jika penggodam tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berehat.

Sumber: Ars Technica

 

Berkaitan