Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Seperti Yang Dijanjikan” – Tesla Kini Miliki Ibu Pejabat Di India

“Seperti Yang Dijanjikan” – Tesla Kini Miliki Ibu Pejabat Di India

Diterbitkan Januari 15, 2021 oleh Amsyar Latif

Rakyat di India selepas ini lebih mudah untuk memiliki kereta elektrik terkemuka ini kerana Tesla sudah membuka ibu pejabatnya yang pertama di Bengaluru, India.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa Tesla akan membuka syarikatnya di India dan akhirnya kini segala persoalan sudah terjawab.

As promised

— gorklon rust (@elonmusk) January 13, 2021

“Seperti yang dijanjikan”, begitulah reaksi pengasas Tesla, Elon Musk selepas beliau membaca berita tentang perkara ini.

Di India, syarikat ini didaftarkan pada 8 Januari yang lalu dengan nama Tesla India Motors and Energy Private Limited dan bertempat di Bengaluru.

Menerusi ini, kemungkinan Tesla akan mengeluarkan keretanya yang pertama buat pasaran India pada tahun ini.

Mungkin ramai yang menyangka, rakyat India tidak mampu membelinya akan tetapi Tesla tidak menyasarkan kesemua 1.39 bilion populasi untuk membeli kereta tersebut.

Sebaliknya, terdapat sekitar 85 juta orang lagi di India yang mampu untuk membeli kereta mewah ini.

Sumber: tesmanian, timesofindia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY