Ikuti kami di media sosial

Berita

Seorang Rakyat China Didapati Bersalah Menyeludup Masuk 40,000 Peranti Palsu Apple Ke A.S

ariff bukhari

Ditulis

pada

Dia bakal dipenjara di Amerika lebih daripada 3 tahun.

Seorang lelaki rakyat China didapati bersalah kerana menyeludup masuk lebih daripada 40 ribu barangan palsu keluaran produk-produk Apple ke Amerika.

Produk-produk palsu Apple itu termasuklah iPhone, iPad, aksesori dan lain-lain lagi. Dia didapati telah memulakan aktiviti penyeludupan, penjualan dan pengedaran barangan palsu Apple di Amerika antara 2009 hingga 2014 lalu.

Berdasarkan hebahan media oleh pihak Jabatan Keadilan Amerika pada 30 Julai lalu, tertuduh telah memperoleh keuntungan sehingga lebih daripada USD1 juta daripada jualan dan pengedaran produk palsu Apple itu.

Tertuduh bernama Jianhua “Jeff” Li, berumur 44 tahun itu adalah seorang rakyat China telah mengaku bersalah di atas pertuduhan berkonspirasi untuk mengedar barangan dan melabel palsu serta menyeludup barangan ke A.S.

-- Iklan --

Atas kesalahan itu, dia bakal berdepan penjara selama 37 bulan di dalam penjara A.S. Turut dinamakan individu yang berkonspirasi dengannya dalam aktiviti jenayah itu termasuklah 3 orang lagi yang bernama Andreina Becerra, Roberto Volpe dan Rosario LaMarca yang turut dijatuhkan hukuman yang sama dengan Li kerana konspirasi tersebut.

Sumber: iDROPNEWS

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular