Seorang Penggodam Mendakwa Dia Boleh Mematikan Enjin Kenderaan Moden Dengan Menceroboh Aplikasi GPS

Jika anda ada menggunakan aplikasi iTrack dan ProTrack, ada baiknya anda membatalkan servis yang ditawarkan dari aplikasi tersebut.


Seorang penggodam mendakwa dia telah menceroboh beribu data pengguna dari 2 aplikasi GPS, iaitu iTrack dan ProTrack.

Akibat pencerobohan data tersebut, dia dikatakan mampu menjejaki lokasi beratus ribu kenderaan.

Menjadikannya lebih buruk, ia juga memberikan penggodam tersebut kawalan ke atas enjin sesebuah kenderaan, sama ada mematikan atau menghidupkan enjin kenderaan yang digodam ketika kenderaan tersebut sedang bergerak.

Malah tidak setakat itu, dia juga mampu menjejaki kenderaan-kenderaan dari seluruh dunia seperti di negara Afrika Selatan, India  dan Filipina.

Penggodam bernama L&M ini mendakwa, dia telah menggodam lebih daripada 7 ribu akaun pengguna aplikasi iTrack dan lebih 20 ribu akaun pengguna aplikasi ProTrack.

Menerusi penggodaman itu juga ia sekaligus mendedahkan nama pengguna, nombor telefon, alamat rumah serta pelbagai data sulit berkaitan kenderaan seperti model kereta, nombor pendaftaran kenderaan dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, penggodam itu mendakwa dia tidak menjadikan pengguna sebagai sasarannya. Sebaliknya adalah syarikat pembangun dan penyedia servis menerusi aplikasi tersebut.

"My target was the company, not the customers. Customers are at risk because of the company. They need to make money, and don't want to secure their customers.” kata L&M dari hantaran mesejnya kepada Motherboard.

L&M menambah, jika dia mahu menganggu kelancaran trafik atau mengkucar-kacirkan trafik diseluruh dunia, dia hanya perlu menekan satu butang sahaja. Sekaligus akan mematikan ratusan ribu enjin kenderaan di seluruh duni.

Namun begitu, penggodam tersebut berkata ia adalah suatu yang amat merbahaya untuk dilakukan. Tetapi baginya apa yang penting adalah dia dapat apa yang dia mahukan.

ProTrack merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat  iTryBrand Technology yang berpangkalan di Shenzhen, China. Manakala iTrack pula dibangunkan oleh SEEWORLD yang berpangkalan di Guangzhou, China.

Sumber: Motherboard