Seorang Pelajar Astronomi Telah Menemui 17 Planet Baru

Salah satunya didakwa sama besar dengan planet bumi.


Seorang pelajar ijazah falsafah dalam bidang astronomi dari Universiti British Columbia bernama Michelle Kunimoto telah menemui sebanyak 17 planet baru.

Penemuan mengkagumkan itu dibuat menerusi pengamatan beliau dari teleskop angkasa Kepler berteknologi tinggi yang dibekalkan NASA untuk kajian yang sedang beliau jalankan.

Daripada 17 planet baru yang ditemui itu, salah satunya didakwa saiz planet tersebut menyamai dengan saiz planet bumi. Manakala satu lagi planet yang dilabelkan sebagai KIC-7340288 b didakwa 1 1/2 lebih besar dari bumi.

Planet itu didakwa berada dalam zon yang boleh diduduki.

Kapsyen: Perbandingan saiz 17 palnet baru yang ditemui dengan 3 planet yang berada di dalam sistem solar iaitu Marikh, Bumi dan Neptune.


Walaubagaimanapun, jarak planet KIC-7340288 b itu didakwa berada ribuan tahun cahaya dari bumi.

"This planet is about a thousand light years away, so we're not getting there anytime soon!. But this is a really exciting find, since there have only been 15 small, confirmed planets in the Habitable Zone found in Kepler data so far." Michelle Kunimoto.

Ini bukanlah penemuan planet-planet baru pertama beliau. Ini kerana sebelum ini, beliau pernah membuat penemuan 4 planet baru ketika masih dalam peringkat ijazah sarjana di Universiti yang sama.

Sumber: PHYS.ORG

Berkaitan