Seorang Pekerja Facebook Maut Selepas Terjun Dari Bangunan Ibu Pejabat Syarikat Tersebut

Kes dipercayai sebagai bunuh diri.


Beberapa hari lalu, Facebook Inc dikejutkan dengan berita kematian salah seorang pekerja lelakinya yang didapati maut selepas pekerja tersebut dipercayai telah bertindak terjun dari tingkat empat salah satu bangunan di ibu pejabat syarikat tersebut di Menlo Park, California.

Jurucakap Facebook mengesahkan kejadian berkenaan.

Setakat in, siasatan oleh pihak polis mendapati tidak menemui sebarang perbuatan khianat melibatkan mangsa. Kes ini dipercayai lebih kepada kes bunuh diri.

Pihak polis mengisytiharkan pekerja itu telah mati di tempat kejadian,

Pihak Facebook pula menerusi jurucakapnya memaklumkan bahawa mereka berasa sedih dengan insiden tersebut dan mereka sedang bekerjasama dengan polis dalam membantu siasatan dan turut memberikan sokongan kepada pekerja lain.

Walaubagaimanapun, buat masa ini mereka tidak dapat memberikan butiran lanjut berkenaan insiden ini. Mereka akan mendedahkan info lanjut kes hanya selepas mendapat maklumat baru berkaitan kes daripada pihak berkuasa.

Sumber: CNBC