Seorang Lelaki Maut Dipercayai Terkena Kejutan Elektrik

Seorang buruh di Melaka ditemui mati selepas dipercayai terkena kejutan elektrik semasa mengecas telefon bimbitnya. Kematian mangsa diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai kematian mengejut.

Ini bukan kali pertama kejadian kematian melibatkan pengecasan peranti telefon mudah alih. Sebelum ini kejadian sebegini berlaku di luar negara melibatkan beberapa peranti telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android dan iOS.



Kejadian kejutan elektrik semasa mengecas peranti telefon pintar anda mungkin disebabkan keadaan wayar yang sudah usang atau terdapat unsur-unsur konduktor elektrik seperti tangan yang basah.

Pengguna dinasihatkan berhati-hati apabila berhadapan dengan arus elektrik kerana arus dalam lingkungan 100 hingga 200 mAh boleh membunuh anda. Alatan yang digunakan juga perlu diperiksa bagi memastikan keselamatan anda terpelihara. Dan paling penting, jangan menyentuh sebarang alatan elektrik ketika tangan masih basah.

Sumber