Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seorang Lelaki Mati Semasa Mengecaj iPhone Di Dalam Bilik Air

Seorang Lelaki Mati Semasa Mengecaj iPhone Di Dalam Bilik Air

Diterbitkan Mac 21, 2017 oleh Wiser MY

Richard Bull ditemui mati di dalam bilik airnya. Isterinya mememui mayat mangsa dengan kesan kebakaran di badan mangsa di rumah mereka di London.

Mengikut laporan Daily Mail, apabila pihak polis sampai di tempat kejadian, mereka menemui kabel kord ‘extension’ dari luar bilik air ke dalam bilik air.

“Kami menemui kabel kord ‘extension’ dan sebuah pengecas yang disambungkan kepada sebuah iPhone di dalam bilik mandi.” kata konstable polis, Craig Pattinson kepada badan penyiastan dalam kes kematian Bull.

Beliau menambah, “kabel ‘extension’ itu berada di lantai dan pengecas telefon berada di dadanya. Bahagian pengecas itu dan kabel telah bersentuh dengan permukaan air.”

Pihak polis membuat kesimpulan yang lelaki berusia 32 tahun itu disebabkan kemalangan kejutan elektrik. Walau bagaimanapun, pihak koroner awam mengatakan yang orang awam tidak sedar yang telefon bimbit adalah mengundang bahaya samada air ataupun pengering rambut.

Koroner itu, Dr. Sean Cummings memberitahu pihak penyiasatan, “mereka patut diletakkan amaran. Saya berhasrat untuk menulis sebuah laporan kepada pembuat telefon bimbit.”

Pihak Apple tidak lagi mengularkan respon terhadap insiden ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY