Seorang Pengguna Ditangkap Kerana Membuat Panggilan Aduan Sebanyak 24 Ribu Kali

Kes berlaku di Jepun.


Polis Jepun dilaporkan telah menangkap seorang lelaki di atas kesalahan membuat panggilan aduan terhadap syarikat penyedia perkhidmatan selular di Jepun, KDDI sebanyak 441 kali hanya dalam tempoh seminggu bulan lalu.

Pada awalnya syarikat itu keberatan untuk mengambil tindakan ke atas lelaki tersebut kerana lelaki tua itu sudah berumur 71 tahun.

Walaubagaimanapun, selepas meminta nasihat polis, syarikat itu akhirnya mengambil tindakan ke atas lelaki itu.

Hasil daripada siasatan polis mereka mendapati, lelaki itu telah membuat lebih daripada 24, 000 panggilan aduan terhadap syarikat tersebut.

Menurut polis, suspek mengadu tentang telefonnya yang tidak boleh mendapatkan siaran radio.

Ini bukanlah kes terpencil kerana syarikat-syarikat telekomunikasidi Jepun kerap kali berdepan dengan aduan pengguna yang tiada kaitan dengan perkhidmatan yang mereka sediakan.

Sebagai contoh, pengguna khususnya orang-rang tua kerap menelefon khidmat sokongan syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan bantuan seperti cara mendaftra Netflix atau cara menghantar e-mel.

Sumber: Japan Today