Pengesanan Kontak Terperinci juga telah dilaksanakan untuk memaklumkan kepada mereka yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan tersebut, agar menjalani prosedur kuarantin dan saringan kesihatan pada hari ini.
[embed]https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1237579602416959489[/embed]
Berikutan itu juga, Kaunter Aduan Pengguna akan ditutup buat sementara waktu bagi mengelakkan risiko jangkitan melalui kontak. Sebagai alternatif, pihak awam boleh menyalurkan aduan melalui portal aduan pada pautan ini atau e-mel kepada [email protected].
Melalui Pasukan Pengurusan Risiko, SKMM sebelum ini telah mengaktifkan Pelan Kesinambungan Perniagaan (PKP) pada 25 Februari lalu untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan dan membendung penularan Covid-19. Antara langkah yang diambil adalah membenarkan kakitangan bekerja dari rumah dan menyediakan pejabat alternatif di luar Lembah Klang jika diperlukan kelak.
Selain itu, SKMM turut memperkenalkan skim pembayaran ganti rugi untuk membantu kakitangan mengambil keputusan yang tepat berikutan arahan pembatalan semua perjalanan ke luar negara.
Pada masa ini, SKMM sedang berusaha untuk memastikan persekitaran kondusif yang maksimum di semua premis SKMM termasuk pemeriksaan wajib suhu badan di pintu masuk utama premis tersebut.
Sumber: SKMM
Berkaitan
- Fasa Kedua Suntikan Vaksinasi COVID-19 Akan Bermula 19 April
- SKMM Adakan Soal Selidik Untuk Kenalpasti Perkara Dalam Kandungan Aplikasi Yang Menjadi Kebimbangan
- Pusat Internet Komuniti (PIK) Digerakkan Sebagai Pusat Bantuan Pendaftaran Vaksin COVID-19
- Ini Antara Aplikasi Pengesanan Kontak Covid-19 Yang Dibangunkan Di Malaysia
- Cara Daftar Vaksinasi COVID-19 Pada Aplikasi MySejahtera
- Tarikh Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Melalui Laman Web Dan Talian Hotline Diumumkan
- YouTube Akan Sekat Dan Keluarkan Video Teori Konspirasi 5G Dengan Covid-19
- Pengesahan Janji Temu Suntikan Vaksin COVID-19 Perlu Dibuat Dalam Tempoh 48 Jam
- (Kemaskini: Kit Ujian Palsu) Terima Bacaan Ujian Dalam Masa 30 Minit, MyEG Tawarkan Kit Ujian Covid-19 Dengan Harga RM99
- Kerana Covid-19, Aplikasi Ini Menjadi Popular Dengan Lebih 50 Juta Muat Turun