Apple dituduh melanggar hak paten yang dipegang oleh doktor tersebut.
Apple kini berdepan saman daripada seorang doktor yang mendakwa Apple telah melanggar hak paten yang dipegangnya.
Paten tersebut adalah berkaitan dengan teknologi bagi mengesan komplikasi jantung (atrial fibrillation) yang terdapat di dalam peranti jam pintar Apple Watch.
Doktor yang bernama Dr. Joseph Wiesel mendakwa, beliau dianugerahkan paten teknologi "Method of and apparatus for detecting atrial fibrillation" pada 28 Mac 2006 dahulu. Dalam saman yang difailkan itu mendakwa, paten miliknya adalah pemula kepada langkah dalam pengesanan awal berkaitan sakit jantung.
Doktor itu menyatakan bahawa beliau sudah menghubungi pihak Apple tentang paten tersebut pada September 2017 dahulu, ketika model generasi ke-3 Apple Watch di lancarkan.
Walaubagaimanapun, Apple didakwa telah menolak perbincangan bersamanya walaupun selepas beliau menyertakan bersama perincian tentang paten miliknya itu kepada Apple.
Oleh itu, beliau mahukan royalti dan bayaran-bayaran lain yang berkaitan dengan pelanggaran hak paten tersebut.
Sumber: Apple Insider
Berkaitan
- 3 Lagi Ciri Menarik Terbaru Mula Diterima Pengguna WhatsApp Minggu Ini
- Apple Dan Google Membuang 3 Aplikasi 'Dating' Ini Kerana Pengguna Boleh Terdedah Kepada Pemangsa Seksual
- 5 Sebab Korang Patut Beli DJI Mini 3
- Apple Bakal Bangunkan Cip Baharu Untuk Komputer Mereka Di Dalam Israel
- Cip Apple A13 Untuk Model Terbaru iPhone 2019 Dilaporkan Sudah Mula Dikilangkan Oleh TSMC
- DJI Lancar Dron Terbaru, Air 3 Mampu Diterbangkan Selama 46 Minit
- 3 Aktiviti Ini Masih Dilarang Aktif Ketika PKPP Dari 10 Jun Hingga 31 Ogos 2020
- Cepat Sambar 2 'Game' Berharga RM53 Dari Steam Secara Percuma
- Cepat Dapatkan 2 'Game' Ini Dan Jimat Sehingga RM347.62
- Orang Ramai Diingatkan Tidak Bangkitkan Perkara 3R